Thursday, September 10, 2009

NSG (not so good) news

Assalamualaikum semua,

Terlebih dahulu saya nak mohon maaf pada sHexies yang ada dalam team kita ni. Tak tau dari mana nak mula bicara... tapi terpaksa diumumkan juga pada semua.

My 2nd pregnancy ni banyak pula cabarannya...tambah pula dalam bulan Ramadhan yg penuh dugaan ni. Perut selalu masuk angin yang selalunya diiringi dengan sakit kepala.... yesterday, dalam dok pening2 tu kena gak drive ke office sebab ada mesyuarat. Terkejut dekat sebuah motor yg laju ni, tayar keta terbabas ke side road yg berlopak...gedegang bunyinya....dalam hati berdoa kalau nak pecah tayar pun biarlah sempat sampai ke stesyen minyak berdekatan (around 2km dari tempat kejadian).

Ku gagahkan juga bawa keta tu walaupun dah rasa semacam jer bunyinya....berjaya gak sampai ke stesyen minyak tu...dalam kepanikan tu baru lah call husband n kawan2. Sementara menunggu husband datang...tengok la suasana sekeliling...yg lawaknya...(Allah nak tolong juga), kedai tayar kat sebelah stesyen minyak tu ja. Adik kedai tayar tu minta saya drive masuk ke kedainya, tapi sebab dah tgk betapa flatnya tayar dgn tanah, terus tak berani drive walaupun tinggal 2 kaki jer jaraknya berbanding tadi yg belum tengok keadaan lagi boleh drive up to 2km!

Back to cerita sebenar yg nak dikhabarkan... dengan penuh rendah diri dan kesayuan saya nak minta izin dari kawan2 utk undur diri dari hexy game ini. Saya dah bincang dengan Kak D perkara ini dan dia faham situasi saya sekarang yg perlu concentrate dengan banyak perkara :-

1. I have to deal dengan kesihatan diri yg tak menentu, mostly keletihan dan kelesuan dan cepat mengantuk.

2. I have to layan si najmi tu yg semakin hari semakin manja (mungkin dia dapat rasa akan ada saingan selepas ini)...that occupies almost every free time i have left.

3. I have to cope with my master's programme ...which is every week n every 2 weeks akan ada assignment yg perlu dihantar.

4. I have to adapt dengan suasana kerja yg baru.

Above all, walaupun i will eventually siapkan ur hexies, but it wont be fair sebab tak dapat siapkan dalam tempoh 2 minggu seperti yg kita semua persetujui.

Mus punya pun tak jahit lagi walaupun kain dah siap dipotong. Having said that...i really am sorry to withdraw myself from the game.... tapi saya tetap akan pantau kerja kawan2 dalam blog ini.

Kak D said she could handle 30 pieces with no trouble at all...but she asked me to offer to others first ...so kalau sesiapa yg berminat nak ambil 2 portion, pls let me know.

Otherwise, Kak D akan start jahit for Mus n additional 10 utk cik Kema very soon.

I had to go now...sebab semua org dah balik dari office ni. Once again...saya mohon maaf banyak2 dari kawan2 di sini.

salam sayang

BALKHIS

Tuesday, September 1, 2009

My heart goes to Baby Rayyan

Assalamualaikum dear bloggers

Simpati saya pada cik Kema, one of our sHexies... anaknya baby rayyan disahkan positif Influenza H1N1.

Saya dapat khabar ni dari blog Mrs Fedex kita.... meruntun jiwa bila dapat tahu hal ni...ye lah, kita pun ada anak yg lebih kurang sebaya dengan baby rayyan... naluri keibuan semua org adalah sama.... semoga cik Kema tabah dan banyak berdoa.

Saya pasti ramai yang akan doakan baby Rayyan juga bila dapat berita ni.

As for our hexy game, saya nak tanya pandangan semua, saya bercadang kali ni tidak akan membuat undian, sebaliknya menganugerahkan giliran penerima hexy seterusnya adalah cik Kema sendiri.

Ini bertujuan supaya cik Kema tidak perlu kalut untuk siapkan hexy utk org lain...terima ja dari kami semua sebagai tanda ingatan dan sokongan kami utk kesihatan baby rayyan.

If u all agree, pls make hexy in RED color pilihannya dan center piece dia nak kaler PINK.
Salam sayang,